SOALAN LAZIM TENTANG BEKAM


FAQ


Soalan-soalan Lazim

Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak. Kaedah bekam darah yang dilakukan kami menggunakan alat yang diberi nama Pen Bekam. Tusukan yang dilakukan oleh pen ini tidak menyakitkan kerana ianya sangat laju dan tidak begitu dalam dan jarum yang digunakan juga adalah halus.

Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya, bekam darah yang dilakukan adalah selamat. Jarum yang digunakan adalah jenis pakai-buang. Setiap pelanggan akan diperuntukan dengan satu jarum yang baru. Segala peralatan bekam akan disterilkan setiap kali sebelum penggunaan.
Apakah tarikh yang terbaik yang mampu memberikan kesan maksimum untuk rawatan bekam darah?
Tarikh yang terbaik berbekam ialah 17,19 dan 21hb mengikut kalendar islam.
Individu manakah yang dilarang berbekam darah?
Individu yang dilarang berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius (akan dilakukan pemeriksaan tekanan darah-percuma), pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita yang mengandung.
Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam 2-3 bulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit klinikal anda dianjurkan berbekam sebulan sekali.
Apakah pantang larang sebelum berbekam ?
Anda digalakan untuk tidak makan sehingga kenyang 3 jam sebelum berbekam. Sebaiknya berbekam sebelum bersarapan pagi.
Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Adalah disarankan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam.
Boleh tak berbekam pada hari RABU?
Boleh, tiada dalil/nas sahih larangan berbekam pada hari Rabu.
Berapa lamakah tempoh satu sesi berbekam?
Satu sesi rawatan berbekam akan mengambil masa antara 20 – 60 minit bergantung pada jenis rawatan dan jumlah cup yang digunakan.